Header Ads

Breaking

Sunday, August 1, 2021

Edika Yusof dikecam netizen gara-gara sokong perarakan ‘Keluar dan #Lawan’

 


Seperti yang kita sedia maklum, semalam segelintir rakyat Malaysia menyertai perarakan Keluar dan #Lawan’ semalam yang mendesak seluruh menteri Kabinet meletak jawatan.


Bagaimanpun, majoriti netizen mengecam tindakan tersebut kerana dikala kes C0VID-19 yang semakin meningkat namun masih ramai yang tidak mematuhi SOP yang bertujuan untuk mengelakkan penularan pandemlk ini.


Namun, dikala ramai yang tidak menyokong perarakan tersebut ada beberapa individu yang menyokongnya. Salah seorang darinya adalah pelakon Edika Yusof.


Menerusi komen berkenaan, Edika berpendapat tindakan mengadakan perarakan tersebut adalah wajar sebagai simbolik mewakili ‘suara rakyat’ yang berani untuk mendesak kerajaan meletak jawatan.


“Ini rakyat, bukan parti politik. Berani kerana benar. Kalau tidak buat begitu (perarakan), ramai lagi akan maati (akibat Covld-19). Tolong hormati mereka kerana berani,” tulisnya.


Menerusi komen yang ditinggalkan itu juga, pelakon yang pernah memegang watak Jeffri dalam filem Maria Mariana itu juga berkata, perarakan protes tersebut tidak perlu dibimbangkan kerana dilakukan di kawasan terbuka dan selamat.


“Diadakan di kawasan terbuka dan selamat. Vitamin D daripada pancaran matahari akan membuun0h vlrus (C0vid-19). InshaAllah,” katanya.


Bagaimanapun, pendapat yang disuarakan Edika itu tidak mendapat sokongan daripada netizen apabila rata-rata menghentam kenyataan tersebut dan menyifatkan pelakon berkenaan sebagai ‘tidak punya otak’.



“Artis jarang bijak. Ini semua pengikut politik. Rakyat sebenarnya duduk rumah,” komen seorang netizen.


“Sepatutnya awak ikut sekali perarakan. Barulah mereka akan bertambah semangat lagi dengan adanya ketua seperti awak,” kata seorang netizen yang lain.

Terdahulu, satu perarakan protes oleh sekumpulan individu lengkap berpakaian hitam telah diadakan sekitar pukul 10 pagi tadi dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka.


Perarakan tersebut dibuat sebagai desakan agar seluruh menteri Kabinet meletak jawatan kerana didakwa gagal menangani C0vid-19.

Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.