Ticker

6/recent/ticker-posts

Dikatakan upload video lelaki hanya memakai tuala mirip Shuk Sahar, wanita ini serah segalanya kepada Allah

 


Baru-baru ini isteri kepada pelawak dan pengacara Shuk Sahar iaitu Rossa Sera telah membuat satu hantaran menerusi insta story memaklumkan respon berhubung beberapa video yang telah diupload oleh seorang wanita di laman instagram memaparkan lelaki yang seiras dengan suaminya.


Menerusi laporan dari OhBulan, Rossa memberitahu sekarang orang ramai sudah pastinya tahu ‘mengapa’ suaminya bertahan selama ini dan pada masa yang sama, dia meluahkan rasa kecewa terhadap wanita tersebut yang seolah-olah membuka aib sendiri.

Tidak melatah, wanita tersebut telah memuat naik satu posting ‘sumpah’ bahawa dia tidak akan memaafkan segala penghinaan, pengkhianatan, hutang serta fitnah yang dilemparkan terhadapnya.


Maakilah sepuas puasnya. Cakaplah. Aku cuma penat sangat. Aku buka semua ni hari ni sebab bila ada apa apa jadi mesti aku dipersalahkan. Dia cari dia call lepas tu aku juga dipersalahkan kata gangggu rumah tangga orang. Aku dah lari jauh dah. Aku dah buat life aku. 

Tapi mesti aku juga salah. Aku tolak merayu tak nak dah semua ni aku tak sanggup tapi bila dia balik kantoi aku juga salah. Orang kata aku giIa tak move on itu ini. Aku belah aku gerak, kau datang balik siap kata nak kahwin, siap call orang tua aku. Siap janji siap cakap kat ayah aku nak jumpa untuk kahwin. Lepas tu si isteri post lagi macam-macam sedangkan si suami fiitnah aku sebab nak selamatkan diri sendiri.

Wanita itu juga menerangkan, dia sudah banyak kali meminta maaf dan tidak mahu menghadap isu seperti ini. Ujar wanita tersebut lagi, dia mahukan kehidupan yang normal dan bahagia seperti individu lain. Wanita itu turut mendakwa dia dipaksa dan diug0t untuk menutup mulut. Di samping itu, wanita tersebut turut mendakwa telefonnya telah dirampas oleh pengacara tersebut dan segala ‘text’ mereka sudah pun dipadam.


Playing victim kata aku paksa itu ini. Last ayat aku malam tadi was “tolonglah shuk, aku ada cita cita ada masa depan.” Allah je tau macam mana and apa dia cakap on the phone mahupun berdepan. Maruuah aku memang haancur habis dah sebab mulut keluarga kau. Hiina aku selama ni. Sudahlah. Ni bukan mer0yan. 

Tapi sebab pengkhiianatan. Kau tau apa kau dah buat shuk. Kau tau apa kau dah cakap. Even isteri kau tak tau apa apa kejadian sebenar. Stoplah gunakan aku, bur0kkan aku untuk jaga nama kau. Kau ada anak 2 orang perempuan.


Di akhir posting, wanita tersebut meminta Shuk untuk berhenti membur0ukkan namanya. Wanita berkenaan turut menyerahkan segala yang terjadi kepada Allah.


Mungkin kau bole meniipu netizen dengan burukkan aku. Sebab kau artis. Tapi kau takkan dapat tutup kat mata tuhan. Makilah sepuas kamu, hinalah.


Sumber: Instagram via Oh!Bulan

Post a Comment

0 Comments