Ticker

6/recent/ticker-posts

Hanya orang hebat saja mampu, cara Abah bertahan memang awesome...

 


NAMPAKNYA Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lebih mesra dalam kalangan netizen dengan panggilan Abah masih bertahan.


Satu negara cakap soal letak jawatan tapi Abah tidak. Abah masih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.


Pada hari yang menyaksikan Istana Negara muncul dengan kenyataan akhbar yang ‘membidas’ Abah dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung cara pengendalian isu penamatan darurat, ramai yang beranggapan ia adalah pengakhiran Abah.


Ketika Dewan Rakyat sedang kecoh dengan pekikan ‘undur sekarang’, ‘letak jawatan sekarang’, Abah steady saja. Abah buat don’t know. Di kediaman peribadi Abah di Bukit Damansara penuh dengan kenderaan VIP dan VVIP keluar masuk. Saat itu sekali lagi seluruh negara kecoh mengatakan yang Abah sedang membuat perkiraan untuk akhirnya menyerah kalah, kononnya atas desakan keluarga beliau.



Ternyata telahan itu pun meleset. Abah tetap sabar. Abah buat don’t know sahaja sehingga ke saat ini. Biarlah orang buat spekulasi apa bagai ‘aku buat tak tahu’. Begitulah situasi Abah dan kerajaan Abah.


Melainkan satu kenyataan yang membariskan kronologi jelas apa yang berlaku (dari sudut kaca mata kerajaan dan Abah) berhubung kontroversi panas ini, Abah tetap mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa.


Di Dewan Rakyat pun, Abah tak ada untuk menjawab apa juga persoalan yang dilontarkan oleh pembangkang, di rumah pun Abah tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan atau ulasan. Abah berdiam diri sahaja. Siapa pun tak tahu apa yang bermain di fikiran Abah melainkan Abah sendiri dan mungkin ahli-ahli keluarga Abah.


Lagi pun ia bukanlah benda baharu. Ini adalah Abah yang kita semua ketahui. Abah tidak bercakap banyak. Abah sekadar mendiamkan diri, bak kata orang putih silence is golden.



Kurang bercakap kuranglah buat silap atau berpotensi untuk berbuat silap. Lihatlah apa yang terjadi pada Takiyuddin.


Last sekali Istana Negara yang jawab. Bila Pejabat PM keluar dengan penjelasan dan kenyataan balas, orang cakap ‘kerosakan dah berlaku’. Jawab pun masyarakat dah tak ambil peduli walaupun hujah-hujah itu kuat dan padu.


Jadi ada baiknya juga Takiyuddin lepas ni memainkan peranan sama seperti Abah. Kalau boleh duduk diam-diam. Jangan cakap banyak takut nanti terlepas benda yang boleh mencetuskan kontroversi.

Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments