Ticker

6/recent/ticker-posts

Itu bukan video baharu, respon Shuk Sahar tersebar video miripnya disebuah bilik hotel

 


Sejak dari semalam, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pendedahan seorang wanita yang dikatakan 'kekasih gelap' kepada pelawak dan pengacara sensasi, Shuk Sahar yang telah mendedahkan satu video mirip dirinya di dalam sebuah bilik hotel.

Wanita itu juga dikatakan telah memuat naik satu posting ‘sumpah’ bahawa dia tidak akan memaafkan segala penghinaan, pengkhianatan, hutang serta fitnah yang dilemparkan terhadapnya.


 Tidak melatah dengan apa yang berlaku, Shuk menafikan video 'separuh b0geI' di dalam sebuah bilik hotel yang didedahkan seorang wanita dipercayai  'kekasih gelapnya'  bukan video baharu seperti yang tersebar ketika ini. 


Shuk berkata, dia menganggap tindakan berani dibuat wanita terbabit sebagai satu promosi buat dirinya yang sekarang ini sudah kehilangan mata pencarian. 


"Apa yang lepas biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu uguutan. Balai Polis lah cerita. 


"Takkanlah video baharu, kami tengah keluar berdua ni (bersama isteri). Lagipun, badan sekarang tengah gemuk kan. 


"Nak buat macam mana... Tengah-tengah tiada kerja, tiada duit, orang pula buka aiib," katanya menerusi beberapa hantaran di Instagram Story ketika menjawab persoalan yang ditanya sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera mengenai video tular berkenaan.


Sementara itu, Sera juga tidak menyangka apabila perkara yang selama ini menjadi rahsia antara mereka, akhirnya sudah dibuka sendiri oleh wanita terbabit. 


Sera turut memaklumkan video itu antara punca mengapa suaminya masih bertahan dan terus menemui wanita berkenaan kerana sering diuguut dengan perkara sedemikian. 


"Alhamdulillah, akhirnya sekarang semua orang dah tahu dan kenapa Shuk bertahan? Video lama yang disimpan, masa main sama-sama semua. 


"Sebab itu saya bertahan jaga nama baik kamu, akhirnya kamu juga yang buka aiib," katanya lagi. 


Tambah Sera, dia juga mempersoalkan duit yang diminta oleh wanita itu sehingga dengan berani sanggup membuka segala kisah silam hubungan dirinya dengan Shuk sebelum ini.


"Duit apa tu? Duit sewa kereta Honda ke? Bayar minyak ke? Bayar duit hotel kamu ke? Kata semalam terima kasih cinta 'untuk segalanya'," katanya. 


Untuk rekod bersama, Januari lalu, tular di media sosial mengenai pergolakan semula rumah tangga Shuk apabila Sera membuat pendedahan terbuka di Instagram. 


Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di media sosialnya ketika itu, Sera mendedahkan Shuk masih cuurang bersama wanita yang sama pernah dikaitkan dengannya sebelum ini. 


Bagaimanapun pada 8 Februari lalu, Shuk berjaya memujuk isterinya selepas meminta maaf dan membuat kejutan membawa rombongan meminang semula Sera ke kediaman mereka. 

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments