Ticker

6/recent/ticker-posts

Misi belum selesai, Caprice tak lokek nak ajar rakyat Palestin berjaya dalam Bisnes Online

 


Seperti yang kita tahu, penyanyi Rap terkenal Caprice kini masih berada di luar negara dalam misinya ingin membantu rakyat PaIestin.Meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan namun ianya tidak mematahkan semangat anak muda berjiwa besar ini bagi membawa perubahan di PaIestin.


Baru-baru ini, Caprice ada memuat naik satu hantaran di laman sosial miliknya yang memaparkan penyanyi itu berkata salah satu misi ke PaIestin adalah untuk membantu mengubah ekonomi rakyat negara tersebut.


“Salah satu misi saya di PaIlestin ialah membantu sesetengah keluarga bagi mencari atau membina produk baharu, membentuk bisnes online dengan mengaplikasikan cara saya menjalankan perniagaan dalam talian seperti di Malaysia,” tulisnya.


Dalam masa sama, Caprice juga turut berazam untuk mencipta jenama buat rakyat PalIestin dan membantu untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri.



“Kita akan cipta satu jenama untuk mereka, mengajar setiap keluarga dan menyerahkan produk ini untuk mereka jalankan sendiri. Insya-Allah semua itu akan membantu meningkatkan sumber kewangan dan ekonomi PaIlestin,” katanya.

Terdahulu, Caprice berangkat ke PalIestin pada 24 Julai lalu bagi mengikuti misi bantuan kemanusiaan.


Kemudian, Caprice seorang diri ke Mesir pada 23 Julai lalu untuk meneruskan jihadnya. Bagaimanapun sehingga kini dia masuk belum dibenarkan masuk ke Gaaza.

Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments