Header Ads

Breaking

Wednesday, August 18, 2021

Pasukan bomba PaIestin bantu lsraeI kawal kebakaran hutan di Baitulmaqdis

 


Kebaakaran hutan yang memusnahkan kawasan seluas 2,500 hektar di barat Baitulmaqdis sejak Ahad lalu akhirnya berjaya dikawal, menurut perkhidmatan bomba Israel pada Selasa.


“Keadaan terkawal selepas usaha selama 52 jam yang disertai kira-kira 1,500 anggota bomba bersama pesawat pengebom air,” ujarnya dalam satu kenyataan sehari selepas rejlm TeI Aviv terpaksa meminta bantuan antarabangsa bagi memadamkan kebaakaran itu yang turut menyaksikan ratusan keluarga dari 10 perkampungan terpaksa berpindah.


Difahamkan, pasukan bomba PaIestin turut membantu rakan mereka di Israel dan tindakan itu dipuji Menteri Pertahanan, Benny Gantz menerusi Twitter.



“Saya berterima kasih kepada Presiden, Mahmoud Abbas atas inisiatif beliau mengerahkan pasukan bomba PaIestin untuk membantu lsraeI bagi menyelamatkan nyawa dan kepentingan bersama,” katanya.


Pada Isnin, Pesuruhjaya Penyelamat dan Bomba, Dedi Simchi berkata, kebakaran itu bukan berlaku secara spontan.


"Ia berpunca daripada aktiviti tidak terkawal manusia. Kita masih tidak tahu sama ia disebabkan perbuatan khiianat, cuai atau disengajakan," katanya lagi.



Kebaakaran hutan pada musim panas adalah perkara biasa di lsraeI berikutan ia bersempadan dengan Mediterranean.


Sebelum ini, kebaakaran hutan turut melanda Cyprus, Greece, Turki dan Algeria yang paling teruk terjejas dengan sekurang-kurangnya 90 terkoorban dalam kejadian itu. 


SUMBER : - AFP via sinar harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.