Ticker

6/recent/ticker-posts

PDRM buatkan saya rasa tidak selamat di Jordan dan takut untuk balik ke Malaysia, kata Caprice

 


Penyanyi rap, Caprice mengakui pihak PoIis Diraja Malaysia (PDRM) membuatkan dirinya berasa tidak selamat di Jordan dan takut untuk pulang ke tanah air.


Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli melalui sesi Live di Instagramnya tadi berkata, dia berasa kusut sebaik sahaja mendapati media di Malaysia melaporkan PDRM meminta bantuan lnterpoI untuk menghubunginya.


“Saya dah beli tiket nak balik Malaysia, tapi bila baca berita kata Polis minta tolong lnterpoI cari Caprice, Caprice terus k0yak tiket.



“Bila poIis dengan lnterpoI cari macam ini, memang tak lah Caprice nak balik Malaysia,” katanya.


Caprice turut mengakui dia berasa takut dan berasa kusut apabila mengetahui dirinya sedang dicari oleh pihak poIis susulan laporan poIis yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ebit Lew.


“Makin lama saya ada rasa takut sikit sebab semuanya semakin pelik.



“Hidup saya kusut sedikit pagi tadi selepas media di Malaysia melaporkan PDRM hendak minta tolong lnterpoI cari saya di sini,” ujarnya.


Terdahulu, PDRM telah memohon bantuan Interpol bagi berhubung dengan aktivis kemanusiaan, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.


Sebelum ini, Ebit Lew membuat laporan polis berhubung tuduuhan yang dilontarkan beberapa individu terhadap beliau menerusi laman sosial baru-baru ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. 

Sumber : Kosmo Online

Post a Comment

0 Comments