Ticker

6/recent/ticker-posts

Polis buka kertas siasatan selepas viral gambar selebriti kosmetik jutawan kenduri durian beramai-ramai

 


Gara-gara bersiaran langsung di media sosial sambil menikmati durian bersama beberapa individu, seorang pengusaha kosmetik yang juga selebriti media sosial akan dipanggil memberi keterangan kerana dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada 4 petang hari ini.



Katanya, printscreen dari media sosial seorang individu pada Jumaat tular jam 1.10 tengah hari berkaitan selebriti berusia 34 tahun itu sedang bersiaran langsung sambil menikmati durian bersama beberapa individu lain.


"Pengusaha kosmetik itu adalah seorang selebriti terkenal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, penularan printscreen video itu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat kerana melIanggar SOP Fasa Satu PPN.


Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakiit Berjangkiit 2021, Seksyen 269 Kanun Keseeksaan dan Seeksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.


Ku Mashariman turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP selain berhati-hati memuat naik atau berkongsi apa-apa kenyataan atau kandungan di media sosial supaya tidak mewujudkan satu spekulasi negatif yang boleh mendatangkan fitnah atau kemudaratan kepada ketenteraman awam.


Sumber : HARIAN METRO

Post a Comment

0 Comments