Ticker

6/recent/ticker-posts

Siti Nordiana 5 sekawan bayar saman RM2.5 juta dan mohon maaf di media

 


Kemelut yang melanda penyanyi terkenal, Siti Nordiana dan lima sekawan kini masih lagi hangat diperkatakan apabila baru-baru ini menerusi laporan dari mStar Online mengatakan, Siti Nordiana telah 

menghantar writ saman dan penyataan tuntutan daripada penyanyi lagu angkara itu.

Peguam yang mewakili lima sahabat itu, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata, anak guamnya iaitu Lan Solo, Syura Badron, isteri Lan, Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek Aida G dituntut membuat permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 setiap seorang.

"Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin)," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Selain itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut.

"Selepas ini akan ada sesi pengurusan kes yang mana akan dijalankan secara virtual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Seeksyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.

"Menerusi sesi e-review itu mahkamah akan minta status kes daripada peguam plaintif sebelum perbicaraan penuh ditetapkan.


"Melalui sesi itu juga, mahkamah akan minta peguam-peguam untuk explore kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh," katanya.

Terdahulu, kontrovesi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments