Ticker

6/recent/ticker-posts

Dhabitah buat pengakuan single but not available

 


Walaupun mendapat tempat keempat dalam acara yang ditandinginya pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 namun harus diakui, ratu terjun negara, Nur Dhabitah Sabri telah menjadi juara dihati rakyat Malaysia dan memikat hati ramai rakyat kerana sering menguntum senyuman ketika bertanding.


Dalam satu temuramah dengan stesen radio tempatan, penerjun berusia 22 tahun berasal dari Kuala Lumpur itu menjawab pertanyaan sama ada senyuman yang sering diukirnya sudah dimiliki.


Walaupun mulanya dia teragak-agak untuk menjawab soalan itu, Dhabitah menjelaskan: "OKlah saya cakap terus terang, single but not available (bujang tapi sudah berpunya)."


Dhabitah terlepas peluang meraih pingat gangsa pada temasya Olimpik keduanya apabila menduduki tangga keempat pada pertandingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita.


Dia menghuni tangga kelima acara 3m papan anjal seirama pada temasya Olimpik Rio 2016 selain tangga kesembilan dalam acara 10m platform.



Artikel berkaitan : Muhyiddin ucap syabas kepada Dhabitah


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan syabas kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang mempamerkan tentangan amat mengagumkan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.


Dhabitah bersaingan dalam acara akhir kategori 3 meter (m) papan anjal wanita individu di Pusat Akuatik Tokyo, petang tadi.


Perdana Menteri menerusi Facebook beliau berkata biar pun tanpa pingat, kelibat dan aksi Dhabitah nyata menghiburkan bersama semangat yang tidak mudah mengalah.



"Layak ke final dan berada di tempat keempat daripada 12 peserta dalam temasya sukan tersohor, Sukan Olimpik Tokyo 2020, juga adalah satu kejayaan yang perlu anda banggakan.


"Jangan sedih. Perjalanan anda masih jauh. Masih banyak kejayaan yang boleh dilakar termasuk pada edisi Sukan Olimpik akan datang. Senyumlah Nur Dhabitah!" katanya.


Pada saingan itu, Dhabitah, 22, yang berasal dari Kuala Lumpur berada di kedudukan keempat selepas mengharungi lima pusingan dan berjaya mengumpul 326.15 mata namun tidak mencukupi untuk menaiki podium.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments