Ticker

6/recent/ticker-posts

Barang kemas ibu RM370,000 dan duit RM201,000 lesap, pemuda 20 tahun kecewa ditipu 'teman lelaki'

 


Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah untuk tujuan hiasan semata-mata

Demi membuktikan kasih sayang kepada pasangan, seorang lelaki lesap sejumlah barang kemas milik ibunya yang bernilai RM370,000 selain kerugian wang sebanyak RM201,000.


Lebih memburukkan keadaan, mangsa yang berusia 20-an dan bekerja sebagai peniaga dalam talian juga diuguut akan disebarkan video b0geI oleh 'teman lelakinya' yang kononnya seorang kerabat istana.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pada 30 Mei lalu pemuda tersebut berkenalan dengan lelaki itu melalui aplikasi sembang sosial golongan sejenis dengan seorang individu yang menggunakan nama gelaran 'Tengku'.



"Sebaik sahaja berkenalan, lelaki itu bertanyakan mengenai emas dan apabila pemuda tersebut menyatakan bahawa ibunya memiliki banyak barang kemas, lelaki itu meminta pemuda tersebut menyerahkan barangan berkenaan untuk diliihatnya sebagai bukti kesetiaan dan kasih sayang mangsa kepadanya.


"Pemuda yang terpedaya dengan janji lelaki itu kononnya akan memulangkan kembali barangan kemas itu membuat dua kalli penghantaran iaitu pada 31 Mei menggunakan perkhidmatan teksi diikuti 2 Jun lalu dengan e-hailing kepada pembantu peribadi 'Tengku' yang berada di Kota Bharu," katanya menerusi satu kenyataan media, di sini, hari ini.


Shafien berkata, sepanjang tempoh perkenalan juga, pemuda itu turut membuat beberapa pindahan wang berjumlah RM201,000 ke dua akaun bank milik individu pihak ketiga atas alasan sama malah dia juga dijanjikan hadiah sebuah kenderaan trak pikap.


Menurutnya lagi, pemuda tersebut membuat laporan polis pada Selasa lalu selepas berasa ditipu lelaki itu kerana tidak pernah datang berjumpanya seperti yang dijanjikan dan tidak memulangkan kembali barangan emas milik ibunya itu.



"Lelaki itu juga terus memaksa mangsa menyerahkan wang kepadanya termasuk menguguut untuk menyebarkan video b0geI pemuda itu.


"Kes kini dalam siasatan polis kerana kesalahan menipu di bawah Sesyen 420 Kanun Kesekksaan (KK) yang jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara maksimum sepuluh tahun serta dengan seebat dan boleh juga dikenakan denda," katanya.


Shafien mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada semasa berurusan dalam talian, tidak terpedaya dengan janji manis individu yang baharu dikenali dan berhati-hati dengan sindiket Love Scam agar tidak menjadi mngsa yang seterusnya.


Beliau juga menyarankan supaya memuat turun secara percuma aplikasi telefon pintar 'Check Scammers CCID' untuk membuat semakan nombor akaun bank dan nombor telefon yang digunakan sama ada pernah terbabit dalam kes jnayah komersil.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments