Ticker

6/recent/ticker-posts

Kadang-kadang rimas pun ada, saya rasa macam netizen beri perhatian lebih dekat saya berbanding artis lain, kata Daiyan Trisha

 




Mesti ramai yang tidak tahu, pelakon dan penyanyi cantik Daiyan Trisha sebenarnya sudah menempa nama dalam industri hiburan tanah air sudah hampir lapan tahun. Walaupun sudah terkenal namun Daiyan Trisha masih tetap peramah orangnya.


Sudah adat bergelar anak seni, sudah tidak dapat lari dari kecaman dan kritikan dari netizen dan peminat.


Bercakap kepada media hiburan, Daiyan yang kini sudah berusia 28 tahun berkata, walaupun ada kalanya merasakan dia mendapat perhatian lebih dari orang ramai, namun dia tetap ingin memandangnya dari sudut positif.


Kadang-kadang rimas pun ada. Saya rasa macam netizen beri perhatian extra dekat saya berbanding artis lain.


Pelakon yang membintangi drama Projek: Anchor SPM ini turut berkata sebagai seorang anak seni, dia hanya mahu memikirkan soal yang lebih penting berbanding hal-hal remeh.


Pucuk pangkalnya, saya tahu batas-batas saya. Jadi, kalau perkara kecil-kecil ini pun masih nak cari salah saya, saya tak boleh nak kawal.


Ketika ditanya jika komen-komen negatif itu memberi kesan kepada mentalnya, beliau berkata kerana sudah menceburi industri hiburan dalam tempoh yang agak lama, jadi dia sudah boleh tepis komen-komen melampaui batas yang diberi oleh netizen kepadanya.


Untuk makluman semua peminat dan netizen, Daiyan baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Penat.


SUMBER : Media Hiburan

Post a Comment

0 Comments