Ticker

6/recent/ticker-posts

Bermula dengan RM500 namun berjaya buat duit sebanyak RM10juta, Iqbal Zulkefli bukti anak muda juga boleh berjaya berkat usaha dan gigih

 


Pemuda kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini merupakan seorang graduan Penulisan Kreatif di ASWARA dan berpengalaman sebagai pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida selama empat tahun.

  

Beliau menjadi bualan hangat di kalangan warganet selepas mendakwa hubungannya dengan Vida pernah melalui fasa percintaan hingga hampir mendirikan rumah tangga, beberapa tahun lalu.

  

Biodata Dan Latar Belakang

Nama penuh: Ahmad Iqbal Zulkefli

Nama panggilan: Iba, Iqbal

Umur: 27 tahun (2021)

Tarikh lahir: 12 September 1994

Tempat lahir: Pasir Mas, Kelantan

Pendidikan: Maahad Muhammadi Pasir Mas, Kelantan (Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia)

Kelulusan: Diploma dalam jurusan Penulisan Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur

Adik Beradik: Anak ketiga daripada lapan orang adik beradik

Instagram (IG): @ahmadiqbalzulkefli



Ahmad Iqbal Zulkefli rupanya dalam diam telah mempunyai perniagaan sendiri iaitu produk penjagaan kulit, Iba Skin Care dan minyak wangi di bawah label, Iba Perfumes.

Lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati Dato’ Seri Dr. Hajah Vida ini telah membeli dua buah jam berjenama Hublot di sebuah pusat beli belah di ibu kota berharga mencecah RM550,000 secara tunai.

Salah satu jam dibeli dengan harga RM400,000 dan jam kedua, bernilai RM150,000. Ketika itu premis kedai jam mewah itu ditutup selama tiga jam untuk memberikan laluan kepada staf butik jam melayannya.

Anak muda yang tidak pernah kenal erti gagal ini berceritakan pengalamannya ketika diawal terjun dunia perniagaan ini. Dengan hanya bermodalkan RM500, Iqbal berjaya menutup mulut pengkritik bahawasanya dengan semangat dan tekad dia juga mampu berdiri sama tinggi dengan usahawan berjaya lain.



“Masa teroka perniagaan produk kecantikan kulit, saya buka pra tempahan dengan menjual set berharga RM100. Masa itu saya tak menyangka dalam 1600 orang nak beli dan RM160,000 berjaya dikumpul.


Tahun lalu, saya jual minyak wangi dari Perancis pula dengan harga dua botol RM170. Ia mesra wuduk. Pernah dalam sehari saya mencatat jualan dalam RM300,000 tanpa menggunakan khidmat agen dan stokis.

Saya lebih fokus kepada peruncitan dan mempromosikan produk di kaca TV. Dalam tempoh setahun itu juga, jualan minyak wangi berjaya dijual sekitar anggaran 70,000 botol dengan keuntungan tak kurang RM10 juta. Saya nak sasar RM20 juta atau lebih pula selepas ini,” katanya.


Sumber : Iluminasi dan nona

Post a Comment

0 Comments