Ticker

6/recent/ticker-posts

Kanak-kanak Kecil Ditampar Hingga Jatuh Tersungkur, Namun Dia Masih Pertahankan Bapanya Raih Perhatian Netizen

 


Baru-baru viral sebuah rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipuukuI bapanya sendiri.

Perkongsian video berkenaan tular di laman sosial Twitter. Seorang pengguna dikenali sebagai @admqrie memuatnaik kembali video berkenaan dari laman sosial TikTok.

Menerusi video berdurasi hampir seminit itu,ia memaparkan seorang lelaki memberi amaran kepada seorang bapa yang bertindak dayus memukuuI anaknya sendiri.



Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian wargamaya ialah tindakan spontan anak kecil berkenaan mempertahankan bapanya dari dikaasari individu berkenaan.


Terdahulu, kanak-kanak perempuan itu yang sebelum itu jatuuh tersungkur ditampar bapanya.


Rentetan itu, warganet meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan bapa kanak-kanak berkenaan yang menyakiiti anaknya.


Malah, netizen tersentuh dan sebak dengan ketulusan hati si anak yang mempertahankan bapanya yang sudahpun memukuuInya hingga tersungkur.



Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan walaupun ada wargamaya yang mendakwa ia terjadi di kawasan Chow Kit.


Setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian berkenaan.


Sumber: Twitter @admqrie

Artikel dari sinar plus

Post a Comment

0 Comments