Ticker

6/recent/ticker-posts

DigeIar 'retis' oleh netizen, Syafie Naswip akui ada rasa terhina

 


Baru-baru ini pelakon berbakat, Syafie Naswip ada menitipkan satu hantaran di instagramnya memberikan pesanan kepada peminat dan netizen amnya agar tidak lagi memanggil dia dengan gelaran retis iaitu bahasa slanga untuk artis.


Syafie berkata panggilan sedemikian mengguriiskan hatinya dan seolah-olah satu penghiinaan terhadap pekerjaannya sebagai pelakon.


“Minta maaf jika status ini menyentak hati beberapa pihak. Cuma ingin tegaskan, kalau boleh kalau ada sesi bergambar, proses menyapa atau berbalas komen di Instagram, elaklah menggunakan perkataan ‘retis’.


“Ia sedikit sebanyak seperti menghiina pekerjaan saya. Kalau boleh, cukup anda gelarkan saya pelakon, pameran atau manusia biasa daripada kerap menggunakan panggilan itu,” katanya.



Dalam pada itu, Syafie berkata dia mengakui hatinya terguriis setiap kali dipanggil dengan gelaran tersebut namun hanya mampu tersenyum.


“Mungkin saya hanya senyum atau tidak memberi reaksi apa-apa, tetapi jujur setiap kali dialog itu diungkapkan, ia sangat menghiris hati saya,” katanya.

Apa pula pendapat netizen? Adakah panggilan retis itu memang seakan-akan memperlehkan pekerjaan seseorang?


Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments