Ticker

6/recent/ticker-posts

Mereka perlu tahu, kami benar-benar akrab. Dunia akhirat, kata Iqbal Zulkefli

 


Bekas pembantu peribadi, Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli, tampil menyelar dakwaan segelintir pihak yang kerap menyatakan dia mendekati bekas majikannya itu sekadar ingin mengikis harta.


Namun, menurutnya Iqbal, dia mengakui hubungan mereka cukup akrab dari dahulu lagi kerana Vida saling berkongsi cerita bersamanya.


Menerusi Instastory, Iqbal telah mencuri perhatian warganet apabila memuat naik beberapa tangkap layar yang merakam bekas majikannya itu menangis kegembiraan.


Bagaimanapun, dia memberitahu penyanyi lagu I Am Me itu akan berkongsi punca dia menangis terharu apabila tiba masanya nanti.



“Di sebalik gelak tawa yang kalian lihat dari Datuk Seri Vida, sebaliknya beginilah beliau apabila dengan saya. Voice pagi ini dia hantar kepada saya, menangis gembira.


“Sesetengah orang hanya menganggap saya mendekatinya hanya kerana ‘mengikis harta’, namun jauh sekali begitu. Mereka perlu mengetahui kami benar-benar akrab. Dunia akhirat,” kongsinya di Instastory.


Dalam pada itu, Iqbal juga berkongsi, Vida pernah memberitahu kepadanya yang dia pernah bercita-cita untuk bergelar ustazah selain sering menghantar ‘voice note’ dirinya yang mengalunkan ayat Al-Quran.



“Rutin Datuk Seri Vida sejak bertahun dulu. Dia akan hantarkan suara mengaji dengan hasrat mahu pandai membaca Al-Quran. Cita-citanya mahu menjadi ustazah.


“Dulu saya berseloroh, ‘gelak itu cuba perlahan sedikit’. Jawab vida, ‘tidak boleh nak kawal, jadi sendiri’. Lama kelamaan, saya jadi risau jika lama tak berbunyi suara gelak dia,” katanya.


Menerusi hantaran yang sama, dia turut memuat naik gambar jutawan tersebut ketika berada di Tanah Suci Mekah sambil memberitahu Vida membawa diri ke sana ketika itu untuk berdoa, saat perkahwinan mereka tidak direstui segelintir pihak.


Sebelum ini, namanya sekali lagi menjadi sebutan warganet apabila dikatakan bakal berkahwinan dengan usahawan terbabit, kembali diperkatakan.

Sumber : Utusan Online

Post a Comment

0 Comments