Ticker

6/recent/ticker-posts

(Gambar) Zizi Kirana sah jadi milik Yusof Bahrin

 


Penyanyi Zizi Kirana, 36, dan pelakon Yusof Bahrin, 29 selamat bernikah di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, di sini, jam 10.30 pagi hari ini.


Pereka fesyen yang juga pereka busana pernikahan pasangan itu, Shanell Harun ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.




"Alhamdulillah, Zizi dan Yusof dah selamat dinikahkan," katanya.


Pada majlis itu, Zizi juga penyanyi lagu Eh menerima mas kahwin RM300, cincin berlian dan senaskhah al-Quran.

Meluahkan rasa syukur majlis nikah berjalan dengan lancar, Zizi berkata mereka mendapat tarikh nikah disaat akhir namun semuanya dipermudahkan.




“Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar, kalau nak tahu hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah.


“Semuanya dilakukan saat-saat akhir. Syukur pernikahan kami ini dipermudahkan, doa semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah,” katanya.



Dalam pada itu, Zizi berkata dia dan Yusuf merancang untuk mengadakan dua majlis reseps di Sabah dan Melaka pada Disember depan.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments