Ticker

6/recent/ticker-posts

Rasa seperti hanya bertepuk sebelah tangan, Iqbal sedar diri Vida tidak serius nak kahwin dengannya

 


Kisah cinta hangat dari pasangan merpati dua sejoli ini mula bertiup kencang sejak seminggu yang lalu apabila hangat diperkatan di media sosial jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang dikhabarkan bakal menamatkan zaman jandanya bersama jejaka kacak yang juga bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkifli.

Bagaimanapun, menerusi laporan dari mStar Online, Iqbal tampil memohon maaf kepada semua atas kisah yang berlarutan. Pemuda yang juga usahawan berjaya ini akhirnya mengambil keputusan agar tidak lagi meletakkan harapan untuk berkahwin dengan Vida yang dikatakan enggan menuju ke fasa berumah tangga.


Tetap menyimpan perasaan sayang, usahawan berusia 27 tahun itu reda sekiranya mereka tidak dijodohkan bersama kerana beranggapan pengorbanannya seakan sia-sia.


"Pertama, saya memohon maaf atas viral yang berleretan tentang hubungan saya dengan Datuk Seri Vida. Keputusan saya, saya tidak akan lagi berkeras untuk jadikan Datuk Seri Vida sebagai isteri.


"Seandainya dia sendiri tidak menuju ke arah perkahwinan. Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maruah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah.


"Saya tetap menyayangi dia seperti biasa. Saya reda jika kami tidak berjodoh. Setiap waktu saya serius katakan bahawa saya mahu berkahwin.


"Saya perjuangkan hubungan ini, namun saya risau cinta dia tidak seteguh seperti pengorbanan saya. Saya risau, di saat saya sakit, jatuh adakah dia sanggup ada bersama saya," katanya menerusi Instastory.


anak sulung kepada Vida iaitu Cik B menghalang hubungan mereka kerana faktor perbezaan usia 22 tahun antara ibunya dan Iqbal.


Kata Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 16,, dia sangsi mengapa Iqbal, 27, begitu bersungguh untuk memperisterikan Vida yang berusia 49 tahun.


Selepas Cik B secara terbuka menghalang cinta ibunya itu, kini adiknya Muhammad Eric Zecquan Muhammad Amin, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak turut senada.


Dalam pada itu, Iqbal yang juga bekas pembantu Vida menegaskan hubungan mereka itu tidak mempunyai kaitan dengan 'marketing' semata-mata seperti yang didakwa segelintir pihak.





Malah Iqbal turut memberitahu dia tidak pernah menerima sebarang pemberian barangan mewah daripada Vida sepanjang tujuh tahun mereka berkenalan namun mengakui wanita itu banyak melaburkan duit kepadanya.


"Demi Allah, ini bukan marketing semata-mata meskipun benar dia ada selitkan promosi produk. Namun, perancangan kami untuk berkahwin bukan marketing.


"Sepanjang hampir tujuh tahun saya mengenali dia, saya tidak pernah menerima apa-apa pemberian barangan besar kecuali pakaian kerja. Namun, tidak dinafikan banyak wang dia telah laburkan untuk saya,” katanya.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments