Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Malaysia jadi pilihan ribuan wanita untuk kegiatan persundaIan?

 


Bayaran lumayan menjadi pendorong ribuan wanita warga asing menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan menjalankan aktiviti persundaIan.


Difahamkan permintaan tinggi turut menjadi faktor bayaran perkhidmatan sekks yang ditawarkan kepada lelaki hidung belang di negara ini melambung.


Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, wanita warga asing itu boleh mendapat tips antara RM300 hingga RM500 untuk satu malam sahaja dan anggaran kasar mereka mampu peroleh RM5,000 hingga RM10,000 sebulan.


“Ia merupakan harga biasa ditawarkan dan mengikut paras rupa. Mereka yang muda dan menawan akan dibayar mahal berbanding wanita berusia,” katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian.


Menurut Khairul Dzaimee, sindiiket peIacuran ini turut mempunyai kelas tersendiri.


“Berdasarkan temu bual dan siasatan yang dijalankan, bagi kelas A, wanita itu dibayar RM700 hingga RM800 hanya untuk semalam.


“Malah kadar itu akan meningkat kalau ada permintaan yang tinggi. Anggaran kasar mereka boleh peroleh antara RM12,000 hingga RM15,000 sebulan,” katanya.


Tegasnya, adalah sesuatu yang dangkal sekiranya wanita warga asing itu mendakwa diekspIoitasi kerana pendapatan yang mereka peroleh amat tinggi.


“Siasatan yang kita jalankan, tiada unsur kesemua wanita warga asing yang terlibat dalam aktiviti peIacuran itu dikuruung. Mereka terima habuan yang lumayan, tiada sekatan,” katanya.


Jelasnya, sindiiket peIacuran di negara ini lebih bersifat setempat dan bukannya rangkaian antarabangsa.


“Ia dibuktikan menerusi jumlah operasi yang kita jalankan.


“Sehingga 5 Ogos lalu, sebanyak 39 operasi dijalankan di rumah urut serta premis hiburan dengan tangkapan seramai 89 individu warga asing dan 12 majikan.


“Bagi serbuan pada tahun 2020, sebanyak 253 operasi dijalankan di rumah urut dan premis hiburan dengan tanggkapan seramai 1,197 warga asing dan 73 majikan,” katanya.


Wanita Asia terutama dari China mendahului senarai tertinggi yang ditahan terlibat dalam aktiviti peIacuran.


“Disusuli Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina disebabkan faktor pelanggan khususnya warga tempatan.


“Turut terdapat sebilangan kecil wanita warga asing dari Bangladesh, namun mereka ini dikesan menawarkan khidmat sekks kepada pelanggan senegara mereka sahaja,” katanya.





Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kaedah tersendiri mengesan kegiatan peIacuran di kalangan warga asing yang masuk ke negara ini.


Khairul Dzaimee berkata, warga asing yang terlibat dalam sindiiket peIacuran ini kebanyakannya masuk secara sah dengan menggunakan pas lawatan sosial atau pas pelancong.


“Menerusi pas pelancong, kebenaran untuk mereka berada di negara ini selama 30 hari dan dalam tempoh itu mereka mengambil kesempatan menawarkan kegiatan sekks.


“Siasatan juga mendapati, warga asing yang terlibat kegiatan peIacuran ini masuk melalui mana-mana pintu masuk negara sama ada di lapangan terbang atau terminal laut dengan syarat yang mencukupi.


“Imigresen akan semak segala aspek termasuk dokumen perjalanan. Kita juga akan periksa tempat tinggal mereka sepanjang mereka berada di negara ini termasuk adakah wang yang ada pada mereka mencukupi atau tidak,” katanya.


Tegasnya, mereka yang menawarkan perkhidmatan sekks atau bekerja sebagai tukang urut sering kembali ke negara asal dalam tempoh dua bulan.


“Selepas itu, akan masuk semula sebagai pelancong dan dari pemerhatian kami, kegiatan ini berlarutan sehingga mereka ditanggkap dalam mana-mana operasi yang dijalankan,” katanya.


Khairul Dzaimee berkata, terdapat segelintir wanita warga asing ditaahan akan mendakwa menjadi manngsa diperdagangkan, namun ia sukar dibuktikan.


“Mereka ini bergerak bebas dan tidak dikuurung, mereka bebas keluar masuk tempat mereka menjalankan aktiviti.


“Kita percaya ada pihak yang urus mereka, mungkin dari segi bayaran, makan, minum, tempat tinggal dan sebagainya. Hendak mengatakan mereka jadi manggsa itu sukar dibuktikan,” katanya.


Beliau berkata, ada juga yang memberi alasan sekadar berhibur atau menemani kawan.


Khairul Dzaimee berkata, pelbagai usaha yang digunakan sindiiket untuk menggagal atau melambatkan operasi yang dijalankan.


“Antara yang kita kesan terdapat premis yang menyediakan laluan dan bilik rahsia bagi melindungi wanita warga asing ketika operasi dilaksanakan.


“Selain itu, ada juga pemilik premis yang cuba melengahkan operasi untuk memberi peluang wanita warga asing yang terlibat dalam aktiviti peIacuran ini melarikan diri,” katanya.

Sumber : SINAR HARIAN

Post a Comment

0 Comments