Ticker

6/recent/ticker-posts

Pakai baju terselak nampak dada, Janna Nick ‘pejam mata’ tengok reaksi nakal netizen

 


Baru-baru ini pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick ada memuat naik sekeping gambar dia berbaju kurung di media sosialnya. Namun perkongsian itu telah menarik perhatian ramai netizen apabila pakaian tersebut terselak sehingga menampakkan bahagian dada Janna.

Memetik laporan dari mStar Online, tidak berniat menegakkan benang yang basah, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir, 26, berkata, netizen mungkin terkejut dengan imej berkenaan berikutan sudah biasa melihat dia berpenampilan ‘boyish’.


Bagaimanapun Janna berkata, dia tidak akan memadam foto berkenaan daripada laman sosial Instagram miliknya.


"Kalau orang kata sekksi saya terima, memang itu sekksi la. Kalau ada yang kata itu biasa pun saya terima.


"Apabila kita sendiri memilih untuk upload gambar yang mengundang kecaman saya kena terima la, saya tahu memang akan ada kecaman.


Saya bukan jenis kalau upload akan delete balik jika kena kecam. Tapi apabila ada artis lain yang pakai tube dan seluar pendek tak ada pun orang datang bash.


"Mungkin orang terbiasa dengan imej saya sebelum ni yang agak boyish, jadi mereka terkejut tengok apabila saya kenakan pakaian yang agak sekksi,” ujarnya.


Janna ditemui pada sidang media secara virtual bersama mStar bagi promosikan drama Malaysian Ghost Stories yang diadakan secara maya pada Selasa.


Pada 31 Ogos lalu Janna memuat naik foto dia memakai blouse hingga mendedahkan sedikit bahagian dada di Instagram sempena Hari Kebangsaan 2021.


"Kemerdekaan bagi saya adalah apabila makan, berat badan saya tak akan naik.


"Gurau! Semoga kita semua 'merdeka' daripada  C0vid-19 ni ok. Jadi kita bebas ke mana-mana," tulisnya mengiringi posting berkenaan.



Foto berkenaan menerima lebih 100,000 tanda suka dan 3,000 komen yang rata-ratanya mengecam dan meminta dia memadam gambar berkenaan.


“Delete please seksa aku melihatnya.


“Maaf nak bagitahu sebelum post tu edit dulu gambar tu, cover dengan emoji ke, bukan apa banyak mata yang memerhati.


“Bawaklah bertaubat dunia dah nak kiamat, jangan banyak main sangat. Taubat sebelum terlambat!” antara komen netizen.


Sementara itu, pelakon drama Misteri Mona ini meminta orang ramai untuk mendoakan agar dia berubah menjadi insan yang lebih baik.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments