Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen persoal dari mana 'Pak Samad' dapat duit sampai mampu bawa isteri bersalin hospital swasta?

 


Sebelum ini pernah viral di media sosial apabila pelakon Aman Graseka pernah berkongsi diuji dengan kesempitan hidup akibat pandemiik C0vid-19, tindakan Aman Graseka membawa isterinya bersalin di sebuah hospital swasta di Sungai Petani, Kedah pada Rabu lalu dipersoalkan netizen.


Tampil menjelaskan hal itu, isteri pelakon berkenaan, Nurul Amrina Zamri, 32, atau lebih mesra disapa Reena berkata, kos untuk dia bersalin di pusat perubatan itu ditanggung seorang seorang pelakon wanita yang enggan namanya didedahkan.


"Pelakon yang menaja kos kelahiran itu yang cadangkan saya melahirkan bayi di hospital berkenaan. Kalau ikutkan saya dengan abang tak kisah pun untuk bersalin di hospital kerajaan.


"Lagi pula sekarang kes C0vid-19 tinggi di Kedah, jadi kita cuba elakkan daripada terdedah kepada jangkitan. Dalam masa sama, kita pun cuba bantu kurangkan beban hospital kerajaan yang perlu fokus kepada pesakiit C0vid-19.


"Saya ikut sahaja sebab ini permintaan pelakon itu, sebenarnya tak ada beza pun bersalin di mana sekali pun kerana sakiitnya tetap sama," katanya


Reena selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.1 kilogram secara normal pada pukul 3.54 petang, Rabu lalu.


Terdahulu, segelintir netizen mempersoalkan kewajaran pelakon itu membawa isterinya bersalin di hospital swasta yang sememangnya memerlukan kos yang tinggi.


Menurut netizen, tindakan itu tidak selari dengan kenyataan pelakon itu sebelum ini yang mendakwa berada dalam kesempitan hidup akibat C0vid-19.


"Sanggup eh meminta simpati orang demi nak bersalin swasta, tak faham aku pemikiran orang-orang begini," ujar salah seorang netizen.


Pada 29 Julai lalu, Aman, 53, pernah menyuarakan rasa kesal kerana masih belum menerima bayaran tunggakan lakonannya sejak empat tahun lalu.


Menurut Aman, sudah dua tahun dia hilang punca pendapatan akibat penularan pandemiik C0vid-19 yang menyekat peluangnya untuk berlakon.


Dia ketika itu buntu untuk mendapatkan wang apabila isterinya dijangka melahirkan anak kedua mereka.


Sementara itu ditanya siapakah aktres yang bermurah hati berkenaan, Reena berkata sehingga kini suaminya tidak mendedahkan mengenai identiti pelakon wanita tersebut.


"Semua hal bersalin abang yang uruskan... sejujurnya saya pun tak tahu siapa pelakon yang bayarkan kos bersalin itu.


"Abang kunci mulut tentang hal ini, mungkin dia takut jika saya tahu mungkin saya terlepas cakap dekat orang lain... saya tanya banyak kali pun dia tak mahu beritahu.


"Sampai sekarang saya tak kenal siapa pelakon tu. Apa-apa pun saya bersyukur sangat-sangat ada yang sudi menaja kos bersalin ini. Semoga individu itu dimurahkan rezeki," ujarnya.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments