Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen teruja lihat kebaikan hati Datin Noor Kartini tunai hasrat ibu hamil mengidam nasi goreng air tangannya

 


Baru-baru ini, ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini berkongsikan satu video di instagramnya memaparkan beliau ada menerima emel daripada pengikutnya yang hamil tiga bulan meluahkan rasa teringin merasai nasi goreng daging harimau menangis air tangannya.


Menerusi email yang dikirimkan wanita itu lagi, dia sanggup membayar harga nasi goreng asalkan dapat melepaskan rasa ‘mengidam’. Tidak mahu menghampakan permintaan wanita hamil itu, Datin Kartini menunaikan hasrat wanita itu dan siap menghantar nasi goreng tersebut di depan rumah.


Datin Kartini terus menjadi sebak dan tersentuh naluri seorang ibu seusai membaca hasrat dari pengikutnya itu. Tidak sampai hati menolak permintaan itu, Datin Kartini meluahkan rasa syukur kerana dapat menyiapkan juadah tersebut dan lagi istimewa dia dapat menghantarnya sendiri kepada wanita tersebut yang dikenali sebagai Aina.


Dia juga berharap kejadian ini menjadi titik permulaan silaturahim di antara mereka.

“Tak sampai hati rasanya nak menghampakan hasrat seorang ibu yang sedang mengandung. Syukur alhamdulillah aunty dapat masak dan hantar sendiri kepada Aina. Semoga ianya dapat menjadi satu permulaan silaturrahim di antara aunty dan juga keluarga Aina,” tulisnya.



Rata-rata netizen memuji dan kagum dengan sikap Datin Kartini yang tidak sombong dan sanggup memenuhi permintaan dari peminatnya itu. Tidak kurang juga ramai netizen yang mendoakan agar Datin Kartini sekeluarga dimurahkan rezeki...


Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments