Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) "Saya fikir sudah di fasa pra menopause, tapi...", Vida cemas apabila 4 kali tak datang bulan

 


Baru-baru ini heboh kembali di media sosial apabila hangat diperkatakan mengenai bekas pembantu peribadi Dato’ Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal mendedahkan hampir berkahwin dengan usahawan kosmetik itu pada 2018.


Malah, Iqbal juga menunjukkan bukti Vida pernah melakukan ujian kesuburan dan disahkan masih subur serta boleh melahirkan zuriat lagi.


Terbaru, usahawan kosmetik berjay Datuk Seri Vida telah memuat naik di instagram storiesnya mendedahkan kepada peminat beliau dia akui agak cemas apabila tidak datang bulan sejak empat bulan lalu.



Vida hampir risau simptom terbabit menjadi petanda pra-menopause seperti dialami kebanyakan wanita seusia beliau.

"Empat bulan lepas saya tak period, seusia saya 50-an memang fasa untuk menopause. Saya fikir saya di fasa pra-menopause tapi saya tak pernah putus minum pamoga setiap bulan.

"Alhamdulillah berkat amalkan pamoga, haid saya teratur semula dan normal macam keguguran," kongsinya.

Panjat rasa syukur, Vida lega apabila dirinya juga disahkan subur dan berupaya untuk melahirkan zuriat lagi.

Vida turut memuat naik video beberapa gambarnya bersama Iqbal serta meminta pengikutnya mendoakan yang terbaik.

"Alhamdulillah, dalaman saya baik dan boleh melahirkan zuriat lagi. Apa yang saya nak sampaikan adalah usia, cepat, lambat bukan penghalang untuk kita mendapatkan zuriat.

"Nak lebih yakin saya buat check up kesuburan, ambil darah dan sebagainya," katanya sambil menayangkan video yang dibikin bersama bekas pembantu peribadinya yang turut digosipkan bersama, Iqbal Zulkefli.

Untuk rekod, baru-baru ini Vida ada membuat kenyataan dia tidak terfikir lagi untuk berkahwin lagi buat masa ini dan andai bertemu jodoh dia mahu bakal suami yang setaraf dengannya.


Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments