Ticker

6/recent/ticker-posts

Walau sudah memasuki umur 55 tahun, hero telenovela ‘Rosalinda’ masih gagah tayang badan sado

 


Memasuki usia 55 tahun, Fernando yang membawa watak Fernando Jose Altamirano del Castillo dalam drama bersiri itu dilihat semakin gagah dan bahagia menimang cahaya mata kedua yang kini berusia lima bulan.


Bukan sahaja memiliki tubuh yang sado, Fernando juga mempunyai beberapa ukiran tatu istimewa di badannya.



Meskipun usia semakin meningkat, Fernando berkata itu bukanlah penghalang untuk dia kekal aktif dan sihat seperti lelaki muda lain.


Malah, menerusi Instagram, Fernando kerap memuat naik foto menyertai aktiviti sihat seperti bersenam.


Penampilan terakhir Fernando di arena lakonan menerusi drama No Fear Of Truth dan filem Bendecidas.



Aktor kelahiran Venezuela ini menetap di Mexico bersama isteri, Maria Gabriela Rodriguez dan bayinya yang dilahirkan pada Mac lalu.


Menerusi perkahwinan pertama dengan Catherine Fulop, Fernando memiliki seorang anak bernama Angel Gabriel Carrillo berusia 13 tahun.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments