Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya idamkan lelaki kelakar, beradap dan setia, kata Daiyan Trisha

 






"Saya masih single, tak ada plan nak kahwin dalam masa terdekat pun... nak fokus kerja dulu.


"Mungkin akan terus keluarkan single terbaharu kot," katanya yang baru melancarkan single berjudul Penat pada pertengahan Ogos lalu.


Bagaimanapun Daiyan sempat berkongsi tentang ciri-ciri jejaka yang diidamkannya sebagai calon suami.


"Ciri-ciri yang saya cari mestilah yang kelakar, pandai, soft-spoken, bercita-cita, beradab dan setia. -daiyan2



"Saya memang tak suka lelaki yang sejenis follow ramai perempuan di Instagram dan suka like gambar perempuan lain," katanya.


Dalam perkembangan lain, Daiyan sempat bercerita tentang siri popular Money Heist musim kelima yang mula distrim sejak 3 September lalu.


Kata Daiyan sebagai salah seorang peminat siri yang menjadi fenomena di seluruh dunia itu, dia kagum dengan jalan cerita yang diketengahkan.



"Saya suka sebab ia sangat menarik, storyline cerita ini buatkan kita nak terus tengok.


"Karakter kegemaran saya semestinya Tokyo dan Berlin.


"Andai kata saya menjadi sebahagian daripada pelakon siri ini, saya akan guna nama Venice," ujarnya.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments