Ticker

6/recent/ticker-posts

Takkanlah Tak Perasan Benda Tu Terdedah Sebelum Kongsi?, tanya netizen

 


Agak lama tidak timbul gossip baru dari selebriti popular, Janna Nick. Jika sebelum ini pasti ada kontroversi yang terpalit dengan Janna Nick sehingga menjadi topik pendebatan dikalangan peminat.


Namun hantaran terbaru Janna di instagram miliknya kembali mengejutkan netizen dari 'tidur' apabila dia telah memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dia berpakaian baju tradisional yang jika dilihat dengan mata kasar nampak ayu dan sopan gitu.


Namun ada netizen yang perasan pelakon dan pengacara itu sebenarnya memakai pakaian yang dilihat mempunyai beIahan yang agak besar di bahagian dada. Ada yang sampai tertanya-tanya apabila melihat warnanya yang seakan warna kulit manusia.


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menegur pelakon tersebut. Ada juga yang mempersoalkan adakah Janna sengaja mencipta kontroversi atau menarik perhatian netizen ataupun ianya berlaku secara tidak sedar.


Dalam pada itu, ada netizen mempersoalkan adakah Janna tidak perasan sebelum memuat naik foto tersebut di media sosial miliknya.


Meskipun ramai yang mengkritik foto tersebut, namun ada segelintir menasihati Janna supaya lebih berhati-hati sebelum memuat naik gambar.




Mungkin teguran peminat nampak kasar dan memalukan tapi apa yang dikatakan mereka mungkin sekadar peringatan dan rasa sayang terhadap artis kesayangan mereka. 


Apa pun diharap Janna lebih berhati-hati selepas ini.

Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments