Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Netizen kagum lihat kesabaran dan ketabahan pekerja Pizza Hut melayan karenah pelanggan

 


Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna twitter yang memaparkan seorang wanita dilihat sedang merakam ruang dapur restoran makanan segera terkenal, Pizza Hut sambil marah-marah meminta pizza.

Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, pelanggan terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan dari pekerja Pizza Hut terbabit kerana tidak dapat membeli Pizza yang dia mahu.

wanita terbabit bertanya berulang kali kenapa restoran Pizza Hut tidak dapat mengambil pesanannya. Malah, pekerja Pizza Hut tersebut telah menerangkan bahawa ketuhar rosak menyebabkan restoran Pizza Hut itu tidak dapat menyediakan dan mengambil pesanan pelanggan itu.


Situasi tegang dapat dilihat apabila pekerja Pizza Hut tersebut kelihatan sudah hilang sabar menjawab soalan sama berulang kali daripada pelanggan itu. Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengecam tindakan pelanggan tersebut yang tidak faham bahasa.




Kedegilan dan kekurangan adab wanita tersebut ternyata turut membuat netizen s.akit hati dan geram memikirkan kerenah pelanggan-pelanggan yang perlu dihadap oleh pekerja-pekerja restoran makan segera setiap hari.





Rata-rata netizen memuji tahap kesabaran tertinggi pekerja Pizza Hut tersebut dan juga mengatakan bukan senang untuk bersabar apabila soalan sama ditanya berkali-kali dan jawapan turut telah diberikan. 

Apakah pendapat anda akan isu ini?


Sumber : Twitter dan fb perak today

Post a Comment

0 Comments