Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Meskipun Teruk Dikecam Netizen, Skuad Jerung Merah Tak Gentar Dan Takkan Sesekali Mengalah Untuk Mencipta Kejayaan!

 


Baru-baru ini viral di media sosial apabila sekumpulan anak muda menggelarkan mereka sebagai skuad jerung merah.


Mereka yang juga usahawan dilihat telah mencipta banyak pengisian video pendek dengan menggunakan dialek Terengganu dan tarian yang unik serta memakai kain batik.


Apa yang menariknya, menerusi perkongsian video di akaun @Sofiaa Marieylla, mereka dilihat sentiasa menyuntik semangat ahli untuk terus bangkit mencipta kejayaan walaupun kelihatan masih di usia remaja.


Hasil penelitian penulis, banyak video mereka mendapat tontonan tinggi, namun tidak kurang juga pelbagai kecaman yang diberikan oleh warganet terhadap Skuad Jerung Merah.


Ujar mereka;


"Setiap kali video jerung merah lalu kena perlahankan volume. Menjerit sakan."


"Aku minat jerung merah ni... sempoi je. Deme je beria nak kecam-kecam."


"Kak tak silap saya jerung duduk dalam air kenapa jerung akak kat udara."


"Best video korang, pilihan lagu kena ngan drama."


"Tabiklah! Biasa orang kena kecam sikit dah give up, tapi jerung merah tetap berani dan semangat!"


"Mommy Sofia punya hey tu sampai Shah Alam boleh dengar. Macam halilintar."


Tetapi mereka kelihatan terus cekal meskipun teruk dikecam. Semangat yang ditunjukkan juga berkobar-kobar dan tidak menghiraukan apa kata netizen terhadap mereka.


Tidak dapat dinafikan, video tujuh gadis Pantai Timur tersebut kebanyakannya lucu dan menghiburkan!


Selamat mencipta kejayaan anak muda!

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan apa yang ditampilkan oleh team jerung merah. Namun dalam masa yang sama ramai juga yang meminta agar mereka memuat naik subtitle sama kerana ada yang tidak faham dengan loghat yang digunakan.





Sumber : SINAR HARIAN

Post a Comment

0 Comments