Ticker

6/recent/ticker-posts

Viral gambar King Coco jumpa dengan Caprice, netizen restu andai mereka ada jodoh

 


PENYANYI Caprice baru-baru ini bertemu pempengaruh media sosial, King Coco selepas membuat posting mengusik wanita itu berkaitan berita penceraian dengan bekas suami.


Caprice dipercayai tidak sengaja membuat posting hantaran berbaur sindirian dan gangguan seksual sebelum ini sehingga mengundang kecaman ramai. Perbuatan itu bagaimanapun telah dimaafkan oleh King Coco.

Dalam satu hantaran di laman sosial Instagram, Caprice membuat naik video yang memaparkan dia sedang berbual santai dengan influencer berusia 23 tahun itu.  Kedua-duanya menjadi usikan warganet kerana mempunyai persamaan ‘slang’ pertuturan ‘mat salih’ apabila bercakap dalam bahasa Melayu.


Di Instastory, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli turut berkongsi mengadakan permainan membaca bagi menentukan siapa paling pelat antara mereka.


Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan follower teruja melihat influencer muda ini bertemu dan kelihatan serasi. Malah ada yang berharap kedua-duanya berjodoh.

Sumber : sinar Harian

Post a Comment

0 Comments