Header Ads

Breaking

Monday, October 11, 2021

"Anugerah penipu terhebat jatuh kepada…?"- Sera ‘unfollow’ instagram Shuk?

 


Beberapa hari selepas sekali lagi membuat pendedahan tentang kecurangan suaminya, isteri kepada pelawak sensasi, Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah terus memberi bayangan tentang konflik rumahtangganya yang semakin parah.


Menerusi InstaStory, Rossalennah atau lebih dikenali sebagai Sera berkongsi beberapa klip muzik lagu berkisarkan tentang kecurangan dan hubungan yang tidak boleh diselamatkan lagi.


Ibu kepada dua cahaya mata itu, berkongsi klip muzik pendek lagu berjudul Tapi Bukan Aku nyanyian Kerispatih dan Take A Bow dendangan Rihanna.


Antara bait lirik yang diulang siarnya berbunyi: “oh, and the award for the best liar goes to you (oh, dan anugerah untuk penipu terhebat jatuh kepadamu).


“For makin’ me believe that you could be faithful to me (kerana membuatkanku percaya yang kau boleh setia terhadapku).”


Tanpa menujukan hantaran lirik lagu nyanyian Rihanna itu kepada sesiapa, namun Sera seperti memberi isyarat bahawa rumah tangganya masih berdepan kesulitan meskipun Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar cuba menafikan perkara tersebut.


Lebih menguatkan keyakinan ramai, hasil carian Kosmo! Online menerusi senarai ‘following’ Sera dalam Instagram, tiada lagi nama Shuk terlihat, sekali gus memberi makna, wanita asal Sabah itu tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya.



Terdahulu, Sera menerusi InstaStory mengatakan dia tidak kisah andai masyarakat menganggap dirinya meroyan berkenaan krisis rumah tangganya dan bersyukur diberi kekuatan dan bukti yang makin jelas daripada Allah SWT berdepan perkara tersebut.


Sabtu lalu, Sera meluahkan kekecewaan menerusi media sosial apabila hidupnya masih dibelenggu masalah kecurangan suaminya yang masih belum berpenghujung. 

Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.