Ticker

6/recent/ticker-posts

Wanita didenda RM56,157 sebab jual suami RM140

 


Seorang wanita dihkum pnjara dua tahun dan didenda Rp200 juta (RM56,157) oleh sebuah mahkamah di sini kelmarin selepas didapati bersalah menjual suaminya sendiri di laman sosial.


Panel hakim yang diketuai Harijanto berkata, tertuduh, Veronita, 20, terbukti bersalah dan layak untuk dihukuum mengikut undang-undang pemerdaagangan manusia.



Pendakwa raya sebelum ini meminta mahkamah menjatohkan hukuuman pnjara tiga tahun dan denda Rp800 juta (RM224,637) tetapi hakim mengurangkan hukuman berkenaan dengan alasan tertudoh memberi kerjasama baik ketika perbicaraan.


Menurut laporan media Indonesia, aktiviti Veronita itu terb0ngkar selepas polis menyerbu sebuah bilik di Hotel Sparkling, Jalan Kayoon, Surabaya pada Januari lalu.


Ketika serbuan berkenaan polis menaahan wanita itu dan suaminya yang berusia 24 tahun serta seorang lelaki yang dipercayai pelanggan mereka.



Veronita dilaporkan menubuhkan satu kumpulan di Facebook bagi menawarkan suaminya untuk aktiviti sekks dengan bayaran antara Rp300,000 (RM84) hingga Rp500,000 (RM140).


Ketika disoal siasat polis, Veronita mengaku dia menjual suaminya untuk mendapatkan wang kerana mengalami masalah ekonomi.


Wanita itu turut mengaku, mereka baru menjalani aktiviti itu sebanyak empat kali.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments