Ticker

6/recent/ticker-posts

Sajat Mengaku DicabuI Pegawai Penguatkuasa Disaksikan Ibunya Sendiri, JAIS Minta Bukti

 



Baru-baru viral kisah usahawan kosmetik kontroversi, Sajat atau nama penuhnya Muhamad Sajjad Kamaruz Zaman mendapat liputan media antarabangsa, The New York Times.


Menerusi temubual itu, Sajat mendakwa dikasari dan dicaabuI oleh pihak berkuasa agama ketika dipanggil untuk memberi keterangan pada Januari lalu.

Perbuatan itu disaksikan sendiri oleh ibunya sehingga bertindak menegur dan mempertikaikan perbuatan berkenaan.

"Mereka tidak meIayan saya dengan beIas kasihan atau kemaanusiaan.


"Mereka melihat tidak salah menyentuh bahagian suIit dan dada saya kerana menganggap saya lelaki," katanya.


Sajat berkongsi mengenai insiden memalukan itu semasa temubual bersama portal New York Times, sebuah organisasi berita yang berpengkalan di Amerika Syarikat.


Kejadian itu berlaku ketika dia dipanggil ke jabatan agama bersama beberapa ahli keluarga serta rakan bagi membantu siasatan satu aduan awam membabitkan dirinya kerana berpakaian wanita.


Semasa soal siasat itu, sekurang-kurangnya tiga lelaki mengasarinya termasuk meraaba dadanya sebelum dia dimasukkan ke tempat tahanan lelaki semalaman.


Selepas kejadian itu, Sajat memberitahu dia membuat laporan polis dan seorang pegawai penguat kuasa telah dipanggil memberi keterangan.


Pada Februari lalu, Sajat berjaya meloloskan diri ke Thailand dan ditahan kerana kesalahan imigresen di negara berkenaan pada September lalu.


Bagaimanapun, pada Isnin lalu Sajat mendedahkan kini berada di Australia dan bakal menetap di sana selepas diberikan suaka oleh kerajaan negara berkenaan.




Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meminta Sajat tampil semula dengan bukti dan membuat laporan polis sekiranya benar dia mendakwa dicabul ketika sesi soal siasat awal tahun ini.


Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jais iaitu Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Sajat perlu mengemukakan apa juga bukti dan keterangan, bukan sekadar hanya cakap kosong kerana itu akan memburukkan keadaan dan suatu tindakan yang berbaur fitnah.


Mohd Shahzihan juga mempersoalkan tindakan Sajat yang hanya membuat dakwaan sekarang sedangkan soal siasat berkenaan dijalankan awal tahun ini.


Katanya, tindakan dia seolah-olah memainkan emosi semua orang untuk terus meletakkan Jais dalam keadaan bersalah dengan dakwaan itu.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments