Ticker

6/recent/ticker-posts

Azah Aziz Amal Makan Nasi Dua Sudu, Berjaya Turun Berat Badan 15 Kg Dalam 5 Bulan

 


Seperti yang kita sedia maklum, selepas Azah Aziz berkahwin dengan jejaka Inggeris Daud Leroy Abdullah, pasangan ini mengambil keputusan untuk menetap di Montreal, Kanada.


Baru-baru ini pelakon cantik yang tidak dimamah dek usia ini ada membuat hantaran di media sosialnya berkongsikan tips menurunkan berat badan yang diamalkan olehnya dan cuma ambil masa lima bulan, dia berjaya kurangkan berat badan asal 63kg kepada 48kg. WOW...


Azah meluahkan rasa gembira kerana usahanya itu membuahkan hasil yang diimpikannya.

Perjalanan berat badan saya kini berakhir, berjaya mencapai target berat saya 48 kg, misi selesai dalam masa lima bulan. Sekarang ini adalah masa untuk kekalkan dan bina sedikit otot. Berat sewaktu saya memulakan perjalanan ini adalah 63 kg pada 23 Mei.

Azah turut berkongsikan petua yang dia cuma mengamalkan makan dalam kuantiti yang sedikit dan bersenam pada setiap hari.

Saya berlari, hiking dan berjalan setiap hari untuk memastikan saya berjaya mencapai 10,000 langkah setiap hari. Saya juga makan dalam kuantiti yang sedikit, sarapan hanya dengan green tea, makan tengah hari hidangan kecil, lebihkan protein dan sayur-sayuran.

Tambahnya lagi, jumlah nasi yang diambilnya setiap hari cumalah dalam sekitar dua sudu sahaja dan dia juga banyak amalkan pengambilan air serta tiada gula mahupun pil diet.


Azah juga berkesempatan memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepada netizen diluar sana yang masih mencuba untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Post a Comment

0 Comments