Baru-baru ini, pemuzik yang juga suami kepada selebriti terkenal, Ude Wahid ada meluahkan rasa terkilannya di media sosial memohon jasa baik semua pihak agar tidak lagi mengganggu urusan rumah tangganya dengan isteri iaitu Izreen Azminda.
Ujar Ude, dia tidak tahu kenapa ramai orang tidak berpuas hati dengan kehidupannya bersama Izreen sehingga ke hari ini.
Sudah-sudah la korang ni nak ganggu rumah tangga aku. Apa la yang korang semua tak puas hati sangat? Tak boleh ka tengok aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Aku tak kacau korang pun kan. Tak ganggu hidup korang pun kan.
Tak habis-habis nak ganggu isteri aku yang dalam pantang. Aku tak faham betul manusia macam ni. Aku tak boleh brain. Stop benda tak berfaedah ni.
Nak dm maki-maki sampai hiina anak kami yang tak bersalah ni. Apa dosa budak tu dengan korang semua ya? Bertaubatlah. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.
Sumber : Instagram Ude Wahid
0 Comments