Ticker

6/recent/ticker-posts

Video ibu muda menangis 'breakdown' terlalu penat jaga anak dedah masalah depresi dalam kalangan suri rumah

 


Pernahkah anda terdengar cakap orang tua-tua, jaga kambing sekandang lagi senang dari jaga seorang anak? Dari kata-kata ini cukup membuktikan tugas membesarkan dan mengasuh anak bukanlah semudah yang kita lihat. Tidak mustahil kalau kita ada terbaca didada akhbar ada segelintir ibu yang mengalami depression.

Baru-baru ini viral di instagram sekeping video yang memaparkan seorang wanita yang mendedahkan kebenaran 'depression' yang ramai tidak mempercayainya berlaku kepada tontonan umum.


Wanita tersebut yang dikenali sebagai  Bunga Ayu Dewi mengakui masalah kemurungan dalam kalangan suri rumah tangga benar-benar berlaku. 

Tidak dapat menahan air mata, Bunga menyatakan tugasan untuk mengurus anak kecil terutamanya sangat memenatkan.


Menerusi perkongsian dari portal OhBulan!, satu kajian yang telah diadakan pada 2014 mendedahkan golongan ‘housewife’ tercenderung untuk mengalami simptom depresi berbanding wanita bekerjaya.


Dalam pada itu, Bunga turut mengingatkan kepada orang ramai agar tidak memperlekehkan tugasan ‘housewife’ dan memandang ringan dengan masalah depresi.


Melihat diruangan komen, rata-rata netizen memberikan semangat kepada wanita tersebut selain mendedahkan kesukaran yang sama dialami mereka.




Kita tak dengar dan baca bukan makna keluhan mereka itu tiada. Kita tak lihat mereka menitiskan air mata depan anak cucu tak bermakna malam-malam bantal mereka tak basah dengan hingus dan air mata.

Jadilah masyarakat yang bersifat seperti comforter yang menghangatkan di kala badan mengigil kesejukan.


Sumber : Instagram bunga ayu

Post a Comment

0 Comments