Ticker

6/recent/ticker-posts

Viral video Ustaz Rosdi menyeberangi sungai untuk dedahkan wajah 'hantu air'?

 


Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang dikongsikan seorang pengamal perubatan atau lebih dikenali Ustaz Rosdi didakwa mengangkat ‘hantu air’ sehingga berlaku penampakan susuk tubuh makhluk halus tersebut.


Menerusi video yang berdurasi 3 minit 40 saat oleh Md. Rosdi Hassan di laman sosial Facebook, ustaz tersebut bertindak menyeberangi sebatang sungai pada waktu malam.


Ketika kejadian, ustaz berkenaan seolah-olah menenggelamkan dirinya dan selepas beberapa saat beliau timbul dari permukaan air bersama satu ‘entiti’ yang bermata bewarna merah.

Susulan perkongsian video itu, rata-rata pengguna Facebook berasa seram dengan pendedahan oleh ustaz berkenaan mengenai rupa sebenar jin yang lebih dikenali sebagai ‘hantu air’.


Menjenguk diruangan komen, rata-rata kagum dan seakan tidak percaya dengan apa yang mereka saksikan itu.






“Allahuakbar, cukuplah saya dapat lihat mahkluk ghaib dalam video ustaz ini sahaja. Kalau terjumpa depan mata sendiri, bukan saya takut tapi mugkin tak kuat semangat untuk berdepan dengan makluk ini,” kata Sulaiman Salleh.



“Alhamdulillah, bukan semua orang boleh zahirkan benda-benda begini. Minta ustaz tunjukkan lagi yang lain untuk pengajaran akan kekuasaan Allah S.W.T dengan kehebatan ilmu orang-orang dulu,” jelas Mohd Yusoff.

“Seram betul bila tengok hantu air macam itu, ini baru jelmaan sahaja belum susuk tubuh sebenar kalau dia tunjuk dirinya yang sebenar pasti lagi menyeramkan,” ujar Nur Hidayah.

Sumber : Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments