Header Ads

Breaking

Monday, November 15, 2021

Caprice tamatkan zaman bujang dengan ibu tunggal dari Kelantan

 


Penyanyi rap sensasi, Caprice dikhabarkan sudah menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati, Farra Inalis yang berusia 26 tahun.


Menerusi sekeping foto yang dimuat naik dalam Instastory seorang individu bernama Yasser Khan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, kelihatan dengan pasangannya, yang sama cantik sama padan mengenakan persalinan persis baju nikah.


Hantaran berkenaaan turut dikongsikan semula oleh penyanyi yang juga anggota kumpulan DeFam, Azira Shafinaz.


Berdasarkan carian media sosial, wanita yang dikahwini Caprice itu berstatus ibu tunggal anak satu.


Bagaimanapun pembantu peribadi Caprice yang dikenali sebagai Aiman tidak dapat mengesahkan kesahihan berita berkenaan namun lebih rela membiarkan agar perkara itu dijawab sendiri oleh pelantun lagu Lenglui itu.


“Saya tidak boleh nak sahkan betul atau tidak. Tapi kalau orang kongsi gambar dia (berkahwin), sarung cincin, maksudnya, memang betullah dia dah kahwin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.


Kata Aiman, Caprice sudah berkenalan dengan wanita berkenaan sejak 10 tahun lalu dan dia berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.



“Apa yang saya tahu Caprice telah berkenalan dengan wanita itu sejak 10 tahun. Saya sendiri tak dimaklumkan tentang pernikahannya kerana sekarang saya berada di Langkawi. Saya dapat tahu dia berkahwin sekitar pukul 5 petang hari ini.


“Dia (isteri Caprice) baik orangnya dan dia berasal dari Kelantan. Apa-apa maklumat lanjut, akan datang dari bibir Caprice sendiri nanti,” katanya.


Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan komen lanjut daripada bibir Caprice sendiri masih belum berhasil apabila dia tidak menjawab mesej dan panggilan telefon. 


Sumber : – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.