Ticker

6/recent/ticker-posts

Pelaku baling batu hingga pecah cermin kereta pengguna lebuhraya Jitra berjaya dicekup

 


Baru-baru ini viral di media sosial satu hantaran video yang memaparkan kenderaan dibaling batu oleh individu tidak dikenali ketika melalui bawah jambatan di Kilometer 32.6 Lebuhraya Utara Selatan.


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, dalam hantaran video itu dirakam melalui "dashcam" kenderaan terbabit mendapati, terdapat beberapa ketulan batu dipercayai dibaling dari sebuah jambatan yang menyebabkan kerosakan pada cermin bahagian hadapan kereta itu.


Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah yang boleh digambarkan dengan pelaku yang sengaja mencari penyakit. 


Menurut info pihak berkuasa telah berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai melakukan perbuatan khianat baling batu di Jitra, Kedah.



Menurut laporan, kejadian tersebut telah acap kali berlaku dan perbuatan lelaki ini sangat merbahaya. 

Pihak berkuasa tempatan juga dikatakan telah mengambil langkah proaktif dan cadangan pembinaan penghadang tinggi di flyover tersebut telah dikemukakan.


Sumber : FB Ahmad Rushdi

Post a Comment

0 Comments