Header Ads

LightBlog

Breaking

Wednesday, December 15, 2021

Berjaya loIoskan diri dari lokap, anggota polis iringi Long Tiger akan disiasat, kata Ketua Polis Tangkak

 




Seorang lelaki berketurunan Rohingya dipanggil Long Tiger kini dicari polis selepas melarikan diri dari lokap Mhkamah Majistret Tangkak, hari ini.


Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, lelaki bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, itu meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraan bermula.


“Suspek diambil dari Penjara Sungai Udang, Melaka semalam untuk perbicaraan di bawah Sesyen 388 Kanun Kesekksaan. 


“Bagaimanapun prosiding yang sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertud0h.


“Beberapa anggota polis yang membawa lelaki itu ke mhkamah menyedari tertud0h sedang cuba melarikan diri apabila melihat dia keluar ke pintu utama mhkamah menuju ke pagar,” katanya dalam sidang akhbar, sebentar tadi.


Menurut Mohd. Fadhil, empat anggota polis terbabit bersama pengawal keselamatan cuba mengejar suspek namun dia terus menuju ke semak berdekatan sebelum hilang dan gagal dikesan.


“Jarak dia dan anggota polis terlampau jauh menyebabkan dia sukar diberkas. Long Tiger telah melalui kawasan semak berdekatan bersama gari di tangan. 


“Oleh demikian kita mohon kerjasama orang ramai yang terlihat Long Tiger atau mempunyai maklumat berhubung lokasi tertud0h untuk segera hubungi polis.


“Bagi kes ini, beberapa anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi lelaki itu ke mahkamah juga akan disiasat di bawah Sesyen 233 kerana kecuaian,” katanya.



Mohd. Fadhil berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada kesemua anggota tersebut terlibat dalam kejadian ini atau sebaliknya serta cara tertud0h meloloskan diri dari sel mhkamah.


Tambah beliau, tertuduh masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan r0g0I di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kini disiasat mengikut Sesyen 224 kanun sama kerana lari daripada tahanan.


“Svspek seorang lelaki botak dengan ketinggian lebih kurang 160 sentimeter dan berat sekitar 65 kilogram memakai baju pagoda serta berseluar coklat,” katanya.


Sumber – UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.