Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya memang malas mandi, pernah 10 hari tak jirus badan, tak rasa rimas pun, kata Upiak Isil

 


AKU belum mandi, tapi masih cantik juga... Itu antara bait lagu popular Tak Tun Tuang nyanyian Upiak Isil yang menggambarkan dirinya sebenar juga malas mandi.


Namun Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda, 36, berkata, sikap buruk itu diubah selepas memasuki program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).


Kata penyanyi dari Indonesia itu, dia kini lebih kerap mandi kerana tidak mahu orang sekeliling berasa tidak selesa dengan dirinya.



"Jujur saya kata semenjak masuk Gegar Vaganza ni saya rajin mandi sebab selalunya tiga hari sekali baru saya mandi.


"Kalau tak mandi nanti team make up terhidu pula bau yang kurang sedap. Nanti semasa nak bersiap atau makeup penatarias tanya kenapa rambut busuk?" katanya kepada mStar.


Upiak ditemui semasa sidang media selepas berakhirnya konsert minggu keempat GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad lalu.


Ujar Upiak, dia pernah tidak mandi selama 10 hari berturut-turut tanpa ada rasa rimas dan tidak selesa.


Dia juga menganggap kehidupannya terasa lebih bebas tanpa tekanan yang meminta dia untuk mandi.



"Saya pernah tak mandi selama 10 hari sebab kalau saya tak mandi saya merasa menemukan dunia yang bebas, tak ada tekanan dan tak ada yang suruh-suruh sebab kehidupan bahagia


"Saya mandi ni tuntutan untuk persembahan kalau tak mandi macam mana nak buat persembahan... busuk!" ujarnya.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments