Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya teringin sangat ke Legoland, sebelum akhir hayat saya, kata adik Adam

 


Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Kampung Parit Haji Ahmad, di sini, mendeerita penyaakit jantung terbalik atau Mitral Valve Atresia, yang menyebabkannya sering sesak nafas serta keletihan.


Mitral Valve Atresia adalah kecacatan jantung kongenital yang amat jarang berlaku, ia menyebabkan injap mitral jantung tidak dapat berfungsi dengan betul.


Bapanya, Abd Rahman Ahmad, 47, berkata, penyaakit anaknya, Mohd Adam Amsyar hanya dapat dikesan ketika usianya tujuh tahun dengan pakar meramalnya tidak mempunyai jangka hayat yang panjang.


Dia yang juga bapa tunggal berkata, doktor pakar hospital awam merawat anaknya memaklumkan penyaakit itu bukan sahaja amat jarang berlaku, malah hanya tiga pesaakit sahaja termasuk anak bongsunya, dikesan mendeerita penyaakit berkenaan di negara ini.



"Penyaakit jantung terbalik Adam dikesan doktor ketika usianya tujuh tahun selepas dia kerap sesak nafas, bengkak di bahagian muka serta anggota badan dengan tubuhnya akan menjadi kebiruaan.


"Apa yang lebih membuat saya sedih apabila doktor memaklumkan tidak dapat melakukan pembeedahan bagi membetulkan keadaan jantung Adam kerana ia amat merisikokan nyawanya.


"Saya sebak apabila doktor menyatakan tiada apa-apa yang dapat dilakukan dan berpesan supaya sering datang ke hospital untuk melakukan pemeriksaan susulan selain menjaga Adam betul-betul, terutama jangan biarkan dia keletihan dan sentiasa menggembirakannya.


"Saya juga terpaksa melepaskan kerja tetap sebagai pemandu lori disebabkan Adam memerlukan penjagaan rapi, menyebabkan kami sekeluarga mengalami kekangan kewangan dan tidak mampu lagi membelikan susu formula khas disarankan doktor pakar bagi meredakan kesaakitannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Pengerusi Yayasan Sultanah Fatimah yang juga Penasihat Menteri Besar Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata, bantuan sebanyak RM5,000 disalurkan yayasan kepada keluarga Abd Rahman bagi keperluan pembelian susu formula khas untuk jantungnya, bagi tempoh setahun.


"Yayasan juga menyampaikan bantuan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak dan sebagainya bagi meringankan beban dan memberikan keceriaan kepada keluarga Abd Rahman.


"Yayasan akan terus memantau keluarga Abd Rahman bagi memastikan keperluan Adam dapat disediakan termasuk perbelanjaan untuk membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, yang perlu dilakukan dua kali sebulan," katanya.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments