Ticker

6/recent/ticker-posts

Kim Jong Un larang rakyat Korea Utara senyum dan ketawa serta berbelanja barangan makanan

 


Korea Utara melarang rakyatnya menunjukkan ekspresi senyum atau ketawa selama 11 hari bagi mengenang 10 tahun kemaatian pemerintah terdahulu, Kim Jong Il.


Negara itu yang kini dipimpin anaknya, Kim Jong Un turut melarang rakyatnya meminum minuman keras serta berbelanja barangan makanan mulai semalam, sempena ulang tahun kematian Kim Jong Il.


Seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan berkata, selama tempoh berkabung itu mereka juga tidak dibenarkan melakukan aktiviti riadah dan rekreasi.


"Jika ada ahli keluarga meninggal dunia ketika tempoh ini, kami juga tidak boleh menangis dan mayaatnya perlu dibawa segera.



"Kami juga tidak boleh meraikan ulang tahun kelahiran," katanya kepada Radio Free Asia (RFA)," katanya.


Seorang lagi sumber berkata, lazimnya tempoh berkabung berlangsung 10 hari, namun tahun ini ia dilanjutkan sehari sempena sedekad kematian Kim Jong Il.


"Dulu ramai orang minum atau maabuk selama tempoh berkabung. Mereka ditngkap dan dilayan seperti penjnayah.


"Mereka dithan dan tidak pernah kembali lagi selepas itu," katanya.



Katanya, polis diarahkan menahan mereka yang tidak mengikuti peraturan sepanjang tempoh berkabung.


"Ini tugas mereka selama sebulan. Saya mendengar ada antara mereka tidak tidur," katanya.


Kim Jong Il memerintah Korea Utara sejak 1994 hingga meninggaI dunia dalam usia 69 tahun pada 2011 akibat serngan jantung.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments