Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki ini minta kerajaan henti diskaun kompaun lalu lintas, ini sebabnya...

 



SAUDARA PENGARANG,


SAYA tertarik dengan kehadiran pengunjung yang begitu ramai di program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.


Saya difahamkan, ramai yang hadir untuk membayar saman dan kompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan potongan sebanyak 80 peratus.


Walaupun kempen potongan saman dan kompaun dilanjutkan sehingga akhir bulan ini, saya berpendapat langkah sebegini adalah tidak adil buat pemandu yang membayar awal.



Semua sedia maklum, sekiranya saman dan kompaun tra­fik tidak dibayar dalam masa tertentu, ia akan dinaikkan ke suatu kadar lebih tinggi.


Sekiranya masih ingkar, nama pesalah akan dimasukkan dalam senarai hitam dan individu terbabit tidak dibenarkan untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan kenderaan masing-masing.


Kita sangsi sama ada penyenaraian hitam nama-nama pesalah ini betul-betul dibuat kerana kedengaran ada yang mengumpulkan puluhan malahan ratusan kompaun trafik.


Perkara ini amat tidak adil kepada pengguna jalan raya yang mematuhi arahan untuk membayar saman dan kompaun trafik dalam tempoh diberikan. Hakikatnya, kita lihat masih ramai yang melanggar peraturan-peraturan lalu lintas.



Tak percaya? Lihatlah dengan mata sendiri betapa ramai yang berpusu-pusu datang ke sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia sehingga pihak penganjur gagal memastikan pematuhan penjarakan­ fizikal.


Mereka datang dengan sikap tidak apa. Tidak mengapa kalau dikompaun kerana memandu laju disebabkan kerajaan memberi potongan. Tunggulah pengisytiharan nanti.


Selepas menjelaskan saman yang dikurangkan, mereka akan terus dengan perangai buruk di jalan raya kerana sikap tidak mengapa sebegini. Kalau macam itu, sampai bila angka kemaIangan maaut di jalan raya akan berkurang?


LAU WENG SAN, Banting, Selangor.

Sumber : Utusan OnIine

Post a Comment

0 Comments