Ticker

6/recent/ticker-posts

Misha Omar terkilan ada pihak saran hiburan dikurangkan ketika negara dilanda musibah

 


Penyanyi Misha Omar terkilan pandangan pihak tertentu yang menyarankan agar aktiviti hiburan dikurangkan hanya kerana negara dilanda musibah.

Lebih membuatkan Misha atau nama sebenar, Samihah @ Aisah Omar, 39, kesal adalah pendapat itu dikatakan disuarakan individu yang punca pendapatan adalah daripada dunia seni.

"Setiap orang ada pendapat mereka sendiri. Saya akur dengan hakikat itu. Bagaimanapun, kita tidak boleh paksa atau laksanakan apa yang mereka suarakan itu.


"Sebagai selebriti dan punya ramai pengikut, mereka kena ingat, apa yang disuarakan akan menjadi perhatian peminat dan pasti akan dipersetujui mereka.


"Industri kita baru hendak bermula. Jangan buunuh jiwa atau patahkan semangat anak seni lain yang mahu cari rezeki," katanya ketika ditemui pada sidang media majlis Malam Gala Amal Bunga Bunga Cinta Misha Omar anjuran The H Entertainment Sdn Bhd di ibu negara, semalam.



Yang turut hadir, Pengarah Urusan The H Entertainment, Arman Muhammad Mustafa.

Misha mengulas pandangan segelintir penggiat seni yang menyarankan stesen televisyen (TV) mengurangkan program hiburan yang dianggap tidak tidak sensitif berikutan musiibah banjir yang melanda negara.


Penyanyi vokal gemersik ini menambah, pihak berpandangan demikian perlu memikirkan kesan kenyataan dibuat kerana boleh mengakibatkan periuk nasi orang lain terjejas.


"Apabila industri hiburan bergerak, secara tidak langsung ia akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang berkaitan seperti pemuzik, jurusolek dan sebagainya.


"Tidak semestinya apabila kita berhibur, kita tak fikir pasal kesusahan yang dihadapi insan lain atau langsung tidak membantu mereka.


"Apapun, hidup mesti diteruskan," kata penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini.


Mengulas mengenai persembahan yang bakal diadakan di Hotel Royal Chulan, di sini pada 19 Februari depan, penyanyi meledak dengan lagu Sampai Bila ini tertarik menjayakannya atas objektif digariskan.



"Selain melihat kesesuaian daripada segi masa dan mahu melihat industri hiburan terus bernafas, saya tertarik disebabkan misinya yang lebih kepada kebajikan.


"Selain membantu yayasan kebajikan terpilih, mereka yang terkesan dengan pandemiik C0VID-19 dan bencana banjir, sebahagian daripada hasil jualan meja akan disumbangkan kepada Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA)," katanya.


Untuk memeriahkan lagi acara, penganjur mengundang dua penyanyi yang juga alumni program realiti Akademi Fantasia (AF) iaitu Dafi dan Zarol Zarif untuk membuat persembahan.

Sumber : Berita Harian Online

Post a Comment

0 Comments