Ticker

6/recent/ticker-posts

'Penampakan' Long Tiger berjaya dirakam CCTV?

 


 Kelibat seorang lelaki dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikatakan mirip ‘Long Tiger’ iaitu tertud0h etniik R0hingya yang melarikan diri ketika hadir pada prosiding di seebuah mahkamah di Johor kelmarin.


Menerusi rakaman tular di aplikasi TikTok, seorang pemuda memakai baju berwarna putih berkepala botak lari di sebuah lorong belakang beberapa buah premis.


Turut kelihatan tangan lelaki itu yang dibaluti sehelai kain putih, walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi dan sebenar kejadian tersebut dirakam.



Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial meninggalkan pelbagai komen dan reaksi.


“Pelanduk dua serupa je kot,” tulis aamie.jr.


Turut meninggalkan komen seorang lagi pengguna dikenali sebagai ariff_219.


“Macam manalah dia boleh lepas ni,”ujarnya.



Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang lelaki berketurunan Rohingya bergelar Long Tiger kini dikehendaki polis selepas berjaya melarikan diri dari lokap Mhkamah Majistret Tangkak, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, suuspek bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, itu berjaya meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraannya bermula.

Sumber : Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments