Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanyalah untuk tujuan hiasan semata-mata
SAUDARA PENGARANG,
PIHAK pengurusan di sebuah hospital kerajaan di Alor Setar, Kedah diminta mengambil perhatian serius mengenai sikap seorang pembantu tadbir rendah yang ditugaskan menjaga kaunter pendaftaran masuk ke klinik pakar kerana bertindak kasar.
Dia cuba mengheerdik dan menyeergah dengan nada tinggi ketika orang ramai sedang beratur untuk mendapatkan rawatan.
Kejadian berlaku pada 12 Disember lalu, kira-kira pukul 7.30 pagi. Ketika itu, seorang pesaakit orang kurang upaya (OKU) pengsan, difahamkan kerana berdiri terlalu lama semasa beratur.
Sebagai penjawat awam, petugas hospital itu harus bijak mengawal situasi semasa pandemiik C0vid-19. Ia bukanlah alasan boleh diterima apabila kakitangan wanita berkenaan bertindak kurang sopan dan tiada sikit pun menjaga perasaan pesaakit atau waris.
Melalui pemerhatian saya sendiri, orang ramai mula beratur sejak awal pagi lagi iaitu pukul 6.45 pagi dengan mengikuti penjarakan fizikal satu meter.
Selaras dengan budaya penyampaian khidmat awam, maka adalah sangat tidak wajar sama sekali petugas terbabit melayani dengan cara yang amat kurang sopan di hadapan waris ataupun pesaakit.
Saya kesal dengan apa yang berlaku dan diharapkan petugas wanita tersebut sedar dan insaf bahawa setiap tugasan serta tanggungjawab yang diberikan kepadanya merupakan suatu amanah. Jadi, janganlah memandang rendah kedudukan orang lain.
MUZAKKIR IBADURRAHMAN, Seberang Perai Utara
Kredit : Utusan Online
0 Comments