Header Ads

Breaking

Wednesday, December 8, 2021

Ramai jejaka cuba masuk line, Joy Revfa cari calon suami kuat agama dan kukuh kewangan

 


GAGAL dalam dua kali perkahwinan dan satu ikatan pertunangan, usahawan kosmetik Joy Revfa belum terbuka hati untuk menerima lelaki dalam hidupnya.


Menurut Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, buat masa sekarang dia menghadkan hubungan dengan mana-mana lelaki sekadar kawan semata-mata.


“Berkawan tu adalah tapi sebenarnya saya memperkecilkan saya punya ‘circle’, bagi saya lebih baik tumpu kepada perniagaan dulu dan mungkin baru terbuka hati untuk menerima orang lain.


“Buat masa itu saya mengelak untuk didekati lelaki dan ada beberapa orang yang ingin berkenalan dengan saya,” ujarnya kepada mstar.


Akui pemilik MERVE Cosmetics Malaysia, dia tidak terlepas daripada pandangan sinis segelintir masyarakat terhadap status janda.



Tambahnya lagi, ada juga yang berpendapat bahawa gelaran janda membawa maksud isteri yang dibuang oleh suami.


“Ada orang yang pandang ibu tunggal ini macam orang yang kena ‘reject’, sebenarnya tak pun dan kami tak dibuang pun.


“Orang juga cakap yang saya ni janda jadi bagi saya janda atau tidak yang penting betapa kuatnya anda meneruskan hidup demi anak-anak,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Joy yang melancarkan koleksi gincu dipanggil BlackRevfa yang juga produk ke-30 dikeluarkannya terus membuatkannya tak menang tangan.


"Saya sifatkan ia sebagai misteri kerana menampilkan gincu yang bagai ada elemen magis. Ia berwarna hitam, namun apabila dioles atau dipakai di bibir, sekelip mata berubah menjadi merah semula jadi yang cantik dan mengghairahkan.



"Kami tawarkan perniagaan tanpa modal dan tidak perlu memegang stok. Semuanya akan diuruskan oleh ibu pejabat.


Joy pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan dan dikurniakan cahaya mata lelaki berusia 7 tahun.


Dia kemudian berkahwin dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 sebelum memutuskan untuk bercerai tiga bulan selepas itu iaitu 25 Oktober tahun sama.


Pada Mac 2020 dia bertunang dengan seorang jejaka misteri, namun putus pada Ogos tahun lalu.

Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.