Ticker

6/recent/ticker-posts

Muhyiddin tepati janji, tidak bantu Najib, kata Tun M

 


“Saya yakin Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengotakan janjinya itu,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Memetik laporan Astro Awani, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, perkara itu berkait tindakan Muhyiddin yang berjanji untuk tidak membantu membebaskan bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak daripada pertuduhan jenayah yang dihadapinya.


"Muhyiddin memberi jaminan kepada saya, beliau tidak akan masuk campur dalam perbicaraan Najib dan kes-kes mahkamah yang lain.



"Sekurang-kurangnya, dalam perkara ini, saya yakin Muhyiddin kotakan janjinya itu.


“Beliau nampaknya menolak untuk menggugurkan pertuduhan-pertuduhan terhadap Najib atau mendapatkan pengampunan bagi sabitan jenayahnya," kata Mahathir melalui penulisannya dalam 'Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia'.



'Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia' merupakan memoir setebal 304 muka surat tulisan Dr Mahathir yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.


Memoir tersebut mengandungi rangkuman peristiwa sepanjang 15 tahun persaraannya sebelum kembali mengetuai tampuk pentadbiran negara pada tahun 2018 dan kemudiannya meletakkan jawatan selepas 22 bulan.

Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments