Header Ads

Breaking

Saturday, December 11, 2021

Video buIi murid bukan berlaku di bawah institusi KPM, kata Radzi Jidin

 


Kejadian pelajar sekolah dipukuI dalam sebuah rakaman video yang tular tidak melibatkan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bagaimanapun berkata, kementerian sudah berhubung dengan pihak terlibat.

"Saya menerima hantaran video tular berkenaan murid yang dipukul di sebuah asrama dan dimaklumkan bahawa tindakan susulan telah pun diambil," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Jumaat.

Mohd Radzi berkata, KPM sentiasa menyediakan persekitaran sekolah yang selamat selaras dengan konsep #sekolahkuSejahtera.



Video berdurasi 10 saat itu memaparkan seorang pelajar menumb0k seorang pelajar lain dipercayai berlaku di dalam sebuah asrama sekolah.


Ia dikesan mulai tular di laman Twitter dan mendapat perhatian netizen.

Artikel berkaitan : Netizen 'siasat', selongkar maklumat pembuli

Susulan video tular yang memaparkan seorang pelajar menumb0k seorang pelajar lain dipercayai berlaku di dalam sebuah asrama sekolah, netizen mula menyelongkar maklumat pembuIi di media sosial termasuk menghubungi ibu bapa mereka.


Salah seorang warganet, bernama @Ekax_ mendakwa telah mendapat maklumat bahawa kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak.


Ujarnya, dia tidak akan memadamkan kiriman video tersebut meskipun ahli-ahli keluarga pembuIi itu merayu kepadanya.

“Ada apa-apa maklumat DM (mesej peribadi), saya okay. Korang tak berani sebar maklumat mangkuk-mangkuk (pembuIi) ini. Bagi aku sebarkan sampai tujuh keturunan.


“Baik adik-beradik mahupun mak bapak pembuIi sekali pun nak merayu minta saya ‘delete’ (padam) video ini untuk jaga aiib keluarga, lambat lagi.



“Selagi tiada tindakan apa apa untuk musibat ini,” katanya dalam ciapan pada Jumaat.


Sebuah video pelajar menumbuk seorang pelajar lain dipercayai di dalam asrama tular di media sosial pada Khamis.


Video berdurasi 10 saat itu tular di media sosial mendapat perhatian warganet dengan 700,000 tontonan serta lebih kurang 30,000 perkongsian.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.