Ticker

6/recent/ticker-posts

Heliza Helmi Masih Tak Percaya Dia Kini Sudah Jadi Isteri Orang

 


Heliza, 34, juga tidak menyangka orang ramai termasuk kawan-kawannya teruja dan mendoakan yang baik-baik terhadap perkahwinan yang dibina itu.


"Ya Allah berikanlah kami semua sakinah ma waddah wa rahmah till jannah ya Allah.


Heliza dinikahkan dengan ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu.


Pasangan pengantin itu kemudian diraikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada malam Ahad.



Sementara itu, Heliza juga terkejut dan berbesar hati apabila majlis resepsi perkahwinannya itu turut dihadiri oleh golongan agamawan.


Dia turut berterima kasih kepada peminatnya dan orang ramai yang mendoakan kebahagian rumah tangga mereka.


"Hampir separuh dewan dipenuhi dengan agamawan, para asatizah, ada yang sanggup batal program untuk menghadiri majlis dan mendoakan. Allahuakhbar."Ya Allah, tolong masih tak percaya ni. Wallahi, semuanya daripada Allah. Memang aturan Allah, tiada daya upaya kami melainkan Allah.



"Tak tahu nak kata, hampir semua yang jumpa kami mereka akan sebak menitis air mata kegembiraan dan mereka mendoakan yang baik-baik buat kami sedangkan kami ni bukan siapa siapa," tulisnya di Instagram pada Jumaat.

"Kami sangat kerdil Ya Allah apa yang Engkau kurniakan ini terlalu Masya Allah Ya Allah.. kami tak layak Ya Allah, namun kasih sayangMu tiada bertepi. Moga kita hidup berpaksa hanya satu, hanya Allah SWT.


"Tidak ada apa kami mahukan melainkan doa, dan memang Allah sampaikan rasa ke hati kami betapa genuine doa kalian.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments